JASA

"JOINT ASSOCIATION STUDENTS AND ORANG ASLI"

Fakta2 Penting Tentang JASA IIUM (secara ringkas)


Pengenalan

JASA (Jalinan Siswa bersama Masyarakat Asli/Joint-Association of Students and Aborigines) ialah salah satu daripada beberapa organisasi berbentuk da’wa dan baktisiswa di bawah lembayung Sudents’ Development and Co-Curricular Activity Division (S-DEV) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia. Aktiviti2 JASA dipantau oleh En. Anas Shamsuddin selaku penasihat organisasi. Beliau juga merupakan salah seorang dari ahli Alumni JASA yang bergiat aktif dengan kelab ini semasa zaman pengajian beliau di UIAM. Sekarang, JASA disertai oleh lebih 130 pelajar UIAM dari pelbagai latar belakang dan jurusan.



Sejarah Penubuhan

Program Pertama

<Berbentuk Baktisiswa khusus untuk orang asli dilaksanakan di bawah gabungan Persatuan Perwakilan Pelajar (SRC) dan Perwakilan pejarar bahagian kediaman (MRC)

<Bermula pada April 1994

<Diketuai oleh Mohd Jailani Adam, Faisal Azizi Mohd. Basir, Wan Muhammad Faizul Wan Abbas dll.

<Dilaksanakan di Kampung Tohor, Jelebu, Negeri Sembilan.

<Bertujuan menjana gerakan da’wa Islamiah

<Penubuhan Kelab Keluarga Tohor di bawah Unit Orang Asli, Kelab Penyayang UIAM.


Penubuhan JASA secara rasmi

<17hb Febuari 2001 di Dewan Kuliyyah 2, Kuliyyah Kejuruteraan, UIAM Gombak.

<Dirasmikan oleh Yg. Berhormat Puan Norhayati bt. Omar PMC, PJK (Pengurusi Jawatankuasa Bertindak Sosial, Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Wanita)



Logo

<Warna kuning : melambangkan cahaya dan kegemilangan Islam.

<Segi lapan luar : melambangkan UIAM.

<Segi lapan dalam : melambangkan semangat kesatuan antara ahli2.

<Pokok : tempat menaung atau berteduh ahli2 untuk bersatu seperti satu keluarga.



Objektif Penubuhan

<Mengembangkan Agama Islam kepada masyrakat Asli.

<Mendedahkan masyarakat asli kepada teknologi terkini masyarakat Malaysia.

<Memberi pangetahuan tentang nilai2 Islam.

<Menyediakan satu saluran effektif kepada pelajar UIAM untuk menceburi diri dalam bidang da’wa dan khidmat masyarakat.



Kumpulan sasaran

Masyarakat Asli dan Masyarakat Melayu berdekatan yang terdiri dari 3 kategori:

<golongan kanak2 (5-17 tahun)

<golongan remaja (18-35 tahun)

<golongan dewasa (40 ke atas)



Metadologi Da’wa

<Da’wa merupakan salah satu kewajipan umat Islam (Ali Imran; 110)

<Da’wa ialah menyampaikan seruan Ialsm kepada semua umat manusia dan mengajar mereka apa yang diperintahkan serta mempraktikan (ajaran2 itu) di dalam kehidupan harian. (al-Ahzab; 46, an-Nahl; 125)

<Da’wa dibahagi kepada da’wa bil lisan (secara terus dengan mengajak) dan da’wa bil hal (melalui contoh dan perbuatan).



*Kaedah2 yang dipraktikkan dalam JASA.

<Memberi khidmat masyarakat kepada orang Asli.

<Melakukan aktiviti bersama orang asli.

<Menujukkan contoh yang boleh dibuat teladan

<Pendekatan berbeza mengikut usia.

< Giat dalam program2 susulan (follow-up)

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Salam..blog ini adalah salah satu platform bagi Board of JASA untuk menyebarkan informasi tentang JASA kepada ahli-ahli dan juga orang awam..Still in progress and we apologise for any inconvenience..thank you =)

Board of JASA

Presiden:
Zulfadli b. Jasman
(ZUL)

VP 1:
Mohd Faizal B. Eshak
(PEJA)

VP 2:
Shahida bt. Shaharuddin
(SYIDA)

S/U 1 :
Nurul Atikah bt. Zainul Abidin
(TIKAH)

S/U 2:
Nik Nur Adila BT. Nik Yahya
(DILA)

FC 1:
Rohaiyu bt. Md Anuar
(AIYU)

FC 2:
Nur Amalina bt. Haris
(INA)

Renungan Bersama

Followers