
Petang ini Insya Allah ahli-ahli Jasa akan bertolak ke Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang untuk mengadakan program "MANAGEMENT & PRACTICES CHALLENGE COURSE".
Program ini terbuka untuk semua ahli-ahli JASA yang baru dan yang lama.Di anggarkan dalam 50 orang peserta akan mengikuti program ini..
Ini adala julung-julung kalinya program JASA diadakan di tempat sebegini yang cukup mewah bagi kami =)
Hopefully semua ahli-ahli JASA enjoy dengan program ini dan mendapat input yang bermakna..
Saya doakan program berjalan dengna lancar dan mereka selamat pergi dan pulang..
Amin!!!
Labels: here we go..
SALAM.... hari ini 16/07/09 akan diadakan GATHER & SPECIAL BBQ for JASAIANs...
jadi diharapkan semua boleh datang untuk memeriahkan lagi Majlis ini.
Tempat: RIVER SIDE, CAC
Masa: 6ptg -10 malam
* 6ptg-8malam : Persiapan
* 8-10 malam : Makan-makan
Yuran : RM5.00 tunai
Jadi jemputlah datang beramai-ramai di samping dapat mengetahui info-info tentang program yang dirancang sepanjang sem ini selain dapat menjalinkan ukhwah yg lebih jitu bersama-sama dengan ahli Jasa yg lain.
Pengenalan
JASA (Jalinan Siswa bersama Masyarakat Asli/Joint-Association of Students and Aborigines) ialah salah satu daripada beberapa organisasi berbentuk da’wa dan baktisiswa di bawah lembayung Sudents’ Development and Co-Curricular Activity Division (S-DEV) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia. Aktiviti2 JASA dipantau oleh En. Anas Shamsuddin selaku penasihat organisasi. Beliau juga merupakan salah seorang dari ahli Alumni JASA yang bergiat aktif dengan kelab ini semasa zaman pengajian beliau di UIAM. Sekarang, JASA disertai oleh lebih 130 pelajar UIAM dari pelbagai latar belakang dan jurusan.
Sejarah Penubuhan
Program Pertama
<Berbentuk Baktisiswa khusus untuk orang asli dilaksanakan di bawah gabungan Persatuan Perwakilan Pelajar (SRC) dan Perwakilan pejarar bahagian kediaman (MRC)
<Bermula pada April 1994
<Diketuai oleh Mohd Jailani Adam, Faisal Azizi Mohd. Basir, Wan Muhammad Faizul Wan Abbas dll.
<Dilaksanakan di Kampung Tohor, Jelebu, Negeri Sembilan.
<Bertujuan menjana gerakan da’wa Islamiah
<Penubuhan Kelab Keluarga Tohor di bawah Unit Orang Asli, Kelab Penyayang UIAM.
Penubuhan JASA secara rasmi
<17hb Febuari 2001 di Dewan Kuliyyah 2, Kuliyyah Kejuruteraan, UIAM Gombak.
<Dirasmikan oleh Yg. Berhormat Puan Norhayati bt. Omar PMC, PJK (Pengurusi Jawatankuasa Bertindak Sosial, Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Wanita)
Logo
<Warna kuning : melambangkan cahaya dan kegemilangan Islam.
<Segi lapan luar : melambangkan UIAM.
<Segi lapan dalam : melambangkan semangat kesatuan antara ahli2.
<Pokok : tempat menaung atau berteduh ahli2 untuk bersatu seperti satu keluarga.
Objektif Penubuhan
<Mengembangkan Agama Islam kepada masyrakat Asli.
<Mendedahkan masyarakat asli kepada teknologi terkini masyarakat
<Memberi pangetahuan tentang nilai2 Islam.
<Menyediakan satu saluran effektif kepada pelajar UIAM untuk menceburi diri dalam bidang da’wa dan khidmat masyarakat.
Kumpulan sasaran
Masyarakat Asli dan Masyarakat Melayu berdekatan yang terdiri dari 3 kategori:
<golongan kanak2 (5-17 tahun)
<golongan remaja (18-35 tahun)
<golongan dewasa (40 ke atas)
Metadologi Da’wa
<Da’wa merupakan salah satu kewajipan umat Islam (Ali Imran; 110)
<Da’wa ialah menyampaikan seruan Ialsm kepada semua umat manusia dan mengajar mereka apa yang diperintahkan serta mempraktikan (ajaran2 itu) di dalam kehidupan harian. (al-Ahzab; 46, an-Nahl; 125)
<Da’wa dibahagi kepada da’wa bil lisan (secara terus dengan mengajak) dan da’wa bil hal (melalui contoh dan perbuatan).
*Kaedah2 yang dipraktikkan dalam JASA.
<Memberi khidmat masyarakat kepada orang Asli.
<Melakukan aktiviti bersama orang asli.
<Menujukkan contoh yang boleh dibuat teladan
<Pendekatan berbeza mengikut usia.
< Giat dalam program2 susulan (follow-up)
Labels: INTRO
Program ni diadakan untuk mendedahkan kepada ahli2 Jasa tentang cara2 serta prosedur untuk organize sesuatu program, kerja2 yang perlu dilakukan yang deal dgn SDEV ,tentang surat2, proposal, report dan form2 yg berkaitan.
Pelbagai aktiviti telah diatur antaranya kerja dalam kumpulan, lakonan situasi sebenar di kg orang asli, modul2 untuk menjalinkan hubungan dgn orang asli, dan tak lupa aktiviti bersama untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli2 Jasa.
Pd hari ke2, cabaran Explorace akan diadakan. Kali ini kami memilih lokasi ke DUSUN eCO rESORT, jANDA bAIK..Diharapkan kpd semua ahli2 JASA yg berminat dapat menghadiri dan join program ini.tak rugi....percayalah...
salam JASAians,
here are some of the activities that will be held on the coming semester. any enquiries, do msg the person in-charge. thank you. wassalam
1. Management & Practices Challenge Course
- 24-26 July 2009
- Dusun Eco Resort
- Zaid b Suboh (013-2227065)
2. Edu Visit- Motivation
- 01 & 02 August 2009
SK SENIBAI
- Shaza Normain Khairi (017-3723543)
SK PUTRA
- Waheeda bt Roslan (013-6282050)
3. JASA Booth for Humanitarian Week
- 27July–1 August 2009
- IIUM
- Farah Syahidah bt. Manut (012-6715787)
4. Ibadah Camp III
- 22-23 August 2009
- Bukit Bandaraya, Shah Alam
- Ibrahim b. Ismail (012-9572443)
5. Annual General Meeting
- 30 September 2009
- IIUM
- Nik Nur Adila bt Nik Yahya (017-6877599)
6. Appreciation Night
- 3 October 2009
- IIUM
- Nur Amalina bt Haris (019-5233869)
7. Grand Iftar& Solat Hajat
- 26 October 2009
- IIUM
- Mohammad Irham (013-2227241)
8. Grand Programme : Aspirasi Asli II
- 30 November- 5 Disember 2009
- Kg.Sg Berua, Hulu Terengganu
- Mohd Sufee b. Zainal Abidin (013-3524341)
assalamualaikum wbk
selamat datang ke JASA@blogspot. tujuan utama pertubuhan blog JASA ialah untuk mendekatkan lagi keluarga JASA di UIAM serta mendapatkan "feedback" dari ahli2 JASA yang lain.
di sini, apa2 komen dan cadangan sangat dialu2kan supaya dapat mengembangkan lagi prestasi persatuan JASA. semua komen dan cadangan adalah sulit dan akan diungkit pada mesyuarat ahli jawatan kuasa.
sekian dari saya yg menjalankan tugas,
SiteAdmin
Labels: INTRO
Copyright 2009 -
JASA
Blogspot Theme Design by: Ray Creations, HostingITrust.com